16 March 2011

Sebab Musabab Tanah Bergerak & Tamadun Bergolak

Assalamualaikum y'all ! Salam sejahtera & salam pertemuan!

Okay, dlm entry sebelum ni aku ada bercerita tentang muzik & kuasanya. Dalam entry itu jugaklah aku ada memberi hint about teori aku berkenaan isu di Middle East. So, keeping to my word, aku akan elaborate lagi idea aku itu.

Untuk memahami pandangan aku, korang perlu teliti dulu kata-kata seorang tokoh Islam yang hebat bernama Ali bin Abi Talib. Beliau pernah menjawab kepada para sahabat apabila dipersoal mengenai maksiat. Katanya : "Jangan kau lihat betapa kecilnya maksiat yang hendak dilaksanakan, sebaliknya lihatlah betapa besar & agung zat Tuhan yang hendak dilakukan kepada-Nya maksiat itu."

Now, ape kaitan kata-kata imam Ali dengan situasi  di Libya, Bahrain, Mesir dan Tanah Arab secara amnya?? Jawapannya terdapat dalam surah al-Jin. Dalam surah ini, Allah merakamkan perihal jin. Diceritakan kepada kita bagaimana jin-jin setelah mendengar 'al-huda' telah mengakui kebesaran Tuhan yang maha esa.

Sedangkan al-jin pun sedar bahawa tiada satupun tempat langsung - biar di langit mahupun di bumi untuk mereka lari dari azab Allah sekiranya mereka melakukan maksiat. Jin berkomunikasi & direkod dlm Quran : Kami (langit, bumi serta seluruh isinya) dalam genggaman Tuhan.

Mengikut tafsiran & kajian ulama' ayat ini menerangkan satu sifat - sifat yang mana jin telah dijadikan satu contoh buat manusia. Tak pelikkah? Korang mesti selalu dengar orang cakap : Sebaik-baik jin itu sejahat-jahat manusia & vice versa kan? Tapi kenapa Quran berkata ada situasi yang sebaliknya? Tidakkah pelik bahawa orang yang dahulunya disembah telahpun bertaubat tetapi yang menyembah masih belum bertaubat? Analoginya begini : bayangkan Ayah Pin sewaktu pengikut-pengikutnya sedang sujud pada dia, tiba-tiba mengaku & bertaubat lalu terus bersyahadah.

  Ayah Pin : Aku Islam skang...selama nie aku poyo je... saje terasa nak jadi tuhan, kn? So, hah, ape lagi? Udah-udahlah sembah aku. Kang aku bajet jambu lak... *tersengih-sengih

  Anak Pin : *Bagai orang tak paham bahasa terus sujud pada org yg dh terang-terang mengaku berdusta.


Bodoh tak manusia ini? Inilah dia manusia yang cover diri baik habis dengan mengeluarkan kata-kata " I lebih baik dari jin kot...kira okay la tu der!" & juga makhluk yang berakal tapi tak menggunakan akal - mereka lagi teruk dari haiwan peliharaan.

Satu lagi kisah untuk y'all. Kali ini about Khalifah Umar al-Khatab. Setiap kali Saidina Umar selesai solat, sahabat melihat benda yang pelik terjadi. Sewaktu memberi salam Umar akan menangis kemudian ketawa. Selesai solat. Salam ke kanan, dia menangis. Kemudian salam ke kiri, dia ketawa. Para sahabat pelik wal ajaib. Gila ke ape? Lalu mereka bertanya. (Baikkan orang dulu? Tak membuat konklusi & speculation sewenang-wenangnya tentang sesuatu perkara. Tak tahu bertanya bukannya touch-up memvavi vuta. Result SPM anak siapaa laaa yang kate keluar 14Mac? Banyak dosa dia tanggung sebar dusta...nauzubillah).

  Sahabat : Wahai khalifah Allah, kenapa apabila kau memberi salam ke kanan kau mengangis dan apabila kau memberi salam ke kiri kau ketawa?

  Saidina Umar : *Tersenyum mendengar pertanyaan itu. 'Kamu nak tahukah? Kenapa? Pelik?'

  Sahabat : Ya, kami ingin tahu kerana agak pelik. Orang lain salam ke kanan melihat (membayang) syurga dan salam ke kiri melihat (membayang) neraka. Kenapa pula kau melihat syurga sedih tapi melihat neraka gembira wahai khalifah?

*Cerita ini dipendekkan untuk cut entry yang aku rasa dah cukup panjang. Untuk dialog penuh sebelum Umar finally jawab pertanyaan, sila cari sendiri.

  Saidina Umar : Setiap kali aku memberi salam ke kanan, aku teringat hidup aku sebelum Islam. (*Dengan sebak) Aku teringat anak perempuan aku yang aku tanam hidup-hidup kerana risau nama aku dihina oleh kafir yang lain. Sedangkan dalam Islam anak itu suci dan perempuan itu suci.

 Sahabat : Owh, begitu...Jadi, kenapa pula salam ke kiri kau ketawa?

  Saidina Umar : Setiap kali aku memberi salam ke kiri, aku teringat hidup aku sebelum Islam. (*Dengan tersenyum) Aku teringat aku sering pergi ke pasar. Kemudian aku membeli kurma yang paling baik, paling mahal di pasar. Sesampai di rumah, aku menyusun biji-biji kurma itu membentuk sesuatu. Lalu aku sembah tuhan yang aku sendiri cipta itu. Selesai aku sembah, aku terasa lapar. Aku makan tuhan aku. Sedangkan dalam Islam bagaimana hendak aku makan Tuhan...

Sambung balik pasal pandangan ulama' tadi...mereka (ulama' okay bukan Anak Pin or Cucu Pin)  berpendapat orang yang mencapi tahap iman seperti para jin ini, tidak kira di maaana jua dia berada sifatnya pasti sama. PASTI! La syakku bihi.


  • Dalam Masjidil Haram di hadapan Kaabah mahupun di Las Vegas
  • Di percutian mahupun di tempat kerja
  • Di padang bola mahupun di dalam bilik (dalam bilik??)
  • Di khalayak ramai mahupun sewaktu seorang diri
  • Walhal di arena politik mahupun dalam rumahtangga....
SAMA!

Pendek kata...sekiranya ketua-ketua negara dipilih dari kalangan jin, maka amanlah dunia. Dan sekiranya rakyat Malaysia mengundi parti jin, maka majulah Malaysia...tapi tidak logik untuk kita diperintah oleh jin kerana manusia yang lebih sepadan & manusia jugalah yang telah dipertanggungjawabkan menjadi khalifah di muka bumi ini. Konklusinya, kalau tidak mahu jin jadi wakil rakyat, pilihlah orang yang hampir-hampir sifatnya dengan para jin yang baik-baik lebih baik dari manusia, okay? Confirm aman damai sejahtera sentosa dunia sampai akhir zaman~

P/S: Tidak semua jin itu baik. Tidak semua manusia itu baik. Pandai-pandailah menilai sendiri.

No comments:

Post a Comment