07 October 2012

Musim


اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Apa sebenarnya yang terkandung dalam hidup kita ini? Dari dulu aku selalu bertanya. Okay, takdalah dari dulu punya dulu, more to since Form 3 kut. Sebab apa soalan tu timbul? Entah. Jujur aku langsung tak ingat.

Tapi waktu tu, aku menyendiri. Macam sekarang. Aku tak bergaul sangat, just bertepuk bertampar sekadar nak lupakan rasa berat di hati, sekadar nak cover, sekadar yang masih termampu untuk tersenyum. Bila terbiar berseorangan, macam-macam perasaan mula menyelinap. Rasa tak tenteram, rimas, lemas. Tapi aku buat endah tak endah, budget and mungkin sedikit ego. Taknak jumpa orang, taknak cerita, takkan berkongsi. Selfish. Itu aku.

Dan bila dah terlalu teruk, baru nak sedar diri. Menyesal atas kebodohan diri, yang selalu menolak tangan orang. Tangan yang sebenarnya aku sangat perlukan.

Sekarang musim itu datang lagi. Musim bersedih. Dulu, aku kira aku seorang je yang melalui musim ini. Namun sekarang aku tahu, ramai lagi yang sepertiku. Ada yang lebih teruk dugaan mereka. Dalam kalangan kawan-kawan aku pun ramai. Kadang-kadang aku teringin nak kumpulkan semua masalah, penyakit dan anything yang menyempitkan mereka & simpan dalam diri aku. Biar aku je yang tanggung semua. Walaupun aku tahu aku takkan mampu. Takkan mampu faham masalah mereka, takkan mampu kumpulkan semua kesakitan mereka, and most importantly takkan mampu nak tangani sebegitu besar cabaran.

Kalau aku mampu...

Kadang-kadang aku terkilan dengan kejahilan aku. Kita. Kita tahu apa yang sepatutnya kita buat. Kita tahu jalan penyelesaian sentiasa ada eventhough maybe pada awalnya mata kita dikaburi dek kebesaran masalah kita & kekerdilan diri kita. Tapi, looking back, pada dugaan yang aku pernah lalui dan yang pernah aku perhatikan orang lain tempuhi, in the end, walau gergasi manapun gunung yang menghalang, in the end kita semua berjaya. Buktinya? Kita masih bernafas, diberi nafas yang datangnya seiring dengan cabaran hari baru.

Jadi, kenapa kita selalu fokus pada masalah dan bukan pada penyelesaiannya? Walhal masalah takkan luput tanpa usaha. Usaha dan doa. Tapi kita berdoa sahaja banyak. Usaha ilek. Berdoa itupun ala kadar saja, tak disertai kepercayaan. Sekadar cukup syarat. Aku lebih-lebih lagi.

Kalau ikut norma kehidupan, kita sepatutnya semakin dewasa tiap hari yang silih berganti. Tapi aku  tak merasa begitu, sebab dulu aku pernah kenal seorang Afiz yang kuat. Dia yakin diri, dia tahu apa  yang dia nak dalam hidup, dan dia berusaha sehabis baik untuk capai target itu. Kalau dia jatuh, dia bangun dan teruskan dengan lagi gigih. Kalau dia terluka, dia tak terhenti. Kalau dia kalah pun dia masih menganggap dirinya menang. Kerana orang lain jugak mengiktiraf kemenangan dia. Mengapa? Kerana usaha dia menakjubkan.

Tapi Afiz itu sudah semakin pudar. Aku risau, satu hari nanti dia terkubur dan dilupakan. 

2 comments: